Sunday, April 24, 2011
Majlis Tunang Ashraf & Dayana......
Posted by FIKRI FAUZI at 12:26 AM 0 comments
Labels: Hari ini, Hiburan, Perkahwinan
Friday, April 22, 2011
Rozita Che Wan Buat Statement Yang Salah??
Saturday, April 16, 2011
Rozita Nafi Pakai Susuk....
Posted by FIKRI FAUZI at 1:41 AM 0 comments
Pelakon Nur Kasih Tampil Tak Bertudung??!!
Pelakon yang pernah membintangi drama bersiri popular, Nur Kasih di TV3, Nur Fathia Abd Latiff merupakan anak kelahiran Penang. Umur baru jerk 23 tahun nie masih dalam mengambil pengajian ijazah sarjana Undang-undang di UITM, Selangor. Pelakon yang manis nie dikatakan akan meletup tak lama lagi dengan penampilannya yang anggun. Cantik kalau pakai tudung dan juga tidak pakai tudung. Kiranya mempunyai aset atau peluang yang tinggi untuk mendapat kontrak lakonan lagi. Jgn buat kes dah lah macam pelakon muda wanita kiter yang sorang tue.. hehe..
Nama sebenar: Nur Fathia Abd Latiff
Tarikh lahir: 1 September 1987
Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang
Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik
Cita-cita: Seniwati yang dihormati dan peguam
Pendidikan: Ijazah Sarjana Undang-Undang di UiTM, Selangor.
Drama dan telefilem: Joe & Faridah, Nur Kasih, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri, Bila Musang Berjanggut
Iklan komersial: Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua, Panasonic
Posted by FIKRI FAUZI at 1:37 AM 0 comments
Memey Ada Sebab Tak Hadir Mahkamah.....
Menurut peguam syarie yang mewakili pasangan terbabit, Norman memberitahu pihaknya dia tidak dapat hadir ke mahkamah pada hari tersebut kerana sakit manakala Memey pula berada di luar kawasan.
Ekoran penjelasan yang diberi tidak munasabah dan tiada sijil cuti sakit dikemukakan, Hakim Syarie telah mengeluarkan waran tangkap ke atas pasangan terbabit. GUA cuba menghubungi Memey untuk mendapatkan penjelasan sebenar dari pihak mereka. Ikuti temubual yang sempat GUA lakukan bersama Memey melalui telefon malam semalam.
“Saya kini sedang berada di Bahau, Negeri Sembilan untuk menjalani penggambaran telemovie, ‘Timah Labuci’. Kalau boleh saya tak mahu benda ini diperbesar-besarkan kerana tak nak orang salah sangka. Apa yang saya boleh kata, waran tangkap itu sebagai peringatan kepada kami berdua untuk datang ke mahkamah selepas ini.
“Saya tak nak orang salah faham bila keluar isu macam ini, orang ingat saya kena tangkap ke apa. Ini sekadar peringatan supaya prosiding seterusnya kami kena hadir,” ujar Memey yang mengakui pernah menerima waran tangkap sebelum ini.
“Ini kali kedua kami kena sebab sebelum ini pun ada juga kena waran tangkap. Walaubagaimanapun itu semua salah faham pasal tarikh. Masa itu tak kecoh pun pasal waran tangkap itu. Lagipun bukan sengaja saya tak nak datang, cuma ia memang tak dapat dielakkan.
“Saya dah cuba untuk datang tapi memang tak boleh nak ‘adjust’ jadual. Saya sendiri dah maklumkan kepada pihak produksi kena pergi mahkamah tapi mereka tak lepas. Saya adalah heroin telemovie tersebut, jika saya tak ada mereka tak boleh nak buat apa-apapun. Lagipun telemovie ini melibatkan ramai artis.
“Jika saya pergi mahkamah, ia akan kacau semua orang. Saya tak boleh nak pentingkan diri sendiri. Sebenarnya dua-dua penting untuk saya. Saya akui dalam dilema sangat. Saya terpaksa buat pilihan dan menanggung risiko itu sendiri. Saya bukan sengaja tak nak datang tapi saya memang ada sebab.
“Saya harap isu ini tidak diperbesar-besarkan. Saya tak nak orang salah anggap kerana ia bukan satu perkara yang perlu digembar-gemburkan,” ujar Memey sambil memberitahu Norman memang tidak sihat kerana demam.
Pada 30 Oktober 2008, Norman dan Memey didakwa berkhalwat di pejabat milik Norman di Taman Ukay Perdana, Ampang. Jika disabit kesalahan, pasangan ini akan berhadapan dengan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali.
Selepas hampir tiga tahun perbicaraan kes khalwat ini berlangsung, akhirnya mahkamah telah menetapkan 29 Julai 2011 sebagai tarikh keputusan kes tersebut.
“Kalau boleh saya memang nak kes ini cepat selesai. Bila saya dapat tahu tarikh tu, saya harap yang terbaik saja. Sekarang ini saya hanya mampu berdoa yang terbaik untuk keputusan nanti. Memang rasa lega sebab dah hampir tiga tahun kes ini berlangsung.”
Apabila ditanya tentang perancangan perkahwinannya dengan Norman, Memey memberitahu, “Hujung tahun ini kami kahwin. InsyaAllah, minggu depan keluarga saya dan dia akan duduk berbincang mengenai perkara ini. Sekarang ini saya masih sibuk dengan pengambaran. Mungkin lepas habis semua ini, saya akan tempah baju dulu.”
Posted by FIKRI FAUZI at 1:33 AM 0 comments
Shaheizy Sam Menangis??!!
Dia terlalu terkejut sehinggakan dipenghujung majlis penganugerahan ini, lelaki bernama Shaheizy Sam mengakui menghadapi pedih ulu hati kerana kesan keterujaannya ketika mengambil anugerah pada malam itu.
Tidak pernah menyangka dirinya bakal menyandang gelaran artis paling popular dalam ABPBH ini, menurut Sam, angan-angannya semenjak tiga tahun lepas menjadi kenyataan yang paling bermakna tahun ini. Mengalirkan air mata ketika sidang media dilakukan pada malam itu, Sam melahirkan rasa bangga kerana dia sudah menjadi apa yang diharapkan oleh ibunya selama ini.
[Sam tidak dapat menahan sebak ]
"Hidup saya hanya ada emak saya, dia yang membesarkan saya selama ini tanpa ayah dan bagi saya dia adalah segala-galanya sekarang ini.
"Saya langsung tidak menyangka saya akan menang malam ini, bila nama diumumkan fikiran saya hanya terfikirkan emak saya dan sebab itu saya berlari kepadanya.
"Saya terlalu bersyukur dengan apa yang dianugerahkan pada malam ini, terima kasih pada yang menyokong saya selama ini, kepada para penerbit yang tidak jemu menjemput saya menjayakan filem mereka, pada para wartawan yang tidak pernah berputus asa membuat cerita-cerita saya biarpun adakalanya saya rasakan tiada cerita yang menarik tentang diri saya tetapi mereka tetap mencari saya dan menulis tentang saya sehingga ia menarik perhatian peminat.
"Pada semua peminat-peminat saya, yang banyak menyokong saya untuk sampai ketahap ini dan pada semua yang menaikkan nama saya selama ini. Sebaik mana sekalipun atau sehebat mana pun saya sekarang ini, tanpa bantuan peminat saya tidak akan berada di atas pentas malam ini untuk anugerah artis paling popular ini.
"Sebenarnya semenjak kemenangan Mawi tiga tahun lepas, saya sudah berangan-angan sekiranya saya yang naik ke pentas untuk anugerah paling popular ini, tetapi akhirnya angan-angan saya menjadi kenyataan.
Tak Mahu Sam Berubah-Khaty Fudziah
[Sam menyapu air mata kegembiraan]
Sebak melihat aksi Sam pada malam itu, jelas pelakon Khaty Fudziah Musa, dia berbangga dengan kejayaan Sam dan yakin anaknya kini sudah tahu arah tuju hidupnya.
"Sebagai ibu saya bersyukur dengan apa yang diberikan kepada Sam, malah apa yang saya risaukan sebelum ini sudha pun berakhir apabila saya lihat Sam kini sudah mempunyai arah tujunya sendiri.
"Satu nasihat saya kepadanya, jadilah dirinya yang sekarang ini sampai bila-bila dan selamanya, dan janganlah dia berubah biarpun dia sudah dianugerahkan dengan anugerah sebaik ini.
Posted by FIKRI FAUZI at 1:31 AM 0 comments
Ada Apa Dengan Miera Leyana??
Posted by FIKRI FAUZI at 1:23 AM 0 comments
Friday, April 15, 2011
Pengakuan Rozita Che Wan.....
JUJUR...pengumumannya untuk bersara sebelum ini bukan gimik, propa atau berniat menipu, tapi terpaksa ditarik balik kerana sebab tertentu.
"MANUSIA hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan segala-galanya," itulah jawapan selamat yang diberikan pelakon bergetah, Rozita Che Wan mengenai persaraannya yang tidak jadi.
Sebelum ini, pelakon kelahiran Kedah ini sudah menghebohkan hasrat untuk bersara daripada berlakon pada penghujung Disember lalu. Walaupun enggan memberitahu sebab sebenar, dia dikatakan berbuat demikian kerana akan berkahwin dengan jejaka dikenali sebagai Shah.
Namun, keghairahan Rozita terus berlakon dan menerima tawaran demi tawaran menunjukkan seperti ada sesuatu tidak kena berlaku. Akibatnya, dia teruk dikutuk pelbagai pihak mengatakan cerita persaraan itu sekadar gimik Rozita untuk meraih publisiti.
Meskipun puas mengelak serta enggan memberi komen menerusi telefon, pelakon cantik ini akhirnya mati langkah apabila dikerumuni media pada sidang media Astro Warna, baru-baru ini. Dia turut berlakon drama komedi Iparku Diva untuk saluran Astro Warna yang menjadi drama pertamanya untuk 2011.
"Selepas ini saya akan terbabit dengan penggambaran telefilem Bila Suami Jadi Suri dan drama 13 episod, Mencari Wardah manakala bulan depan, saya akan ke Perlis untuk penggambaran drama Lagenda Mata Ayer. Sebelum itu, saya akan ke Johor Bahru untuk penggambaran drama 13 episod. Boleh dikatakan berturut-turut saya berlakon drama.
"Sumpah, niat nak bersara sebelum ini bukan gimik, propa atau berniat menipu. Sebenarnya, ada sesuatu yang buatkan saya berhasrat nak bersara, tapi tak jadi pula. Saya ada sebab tersendiri dan harapnya orang faham. Biarlah saya simpan sendiri apa yang berlaku," katanya enggan bercerita lanjut biarpun puas ditanya sebabnya.
Tambah Rozita, dari Januari lagi dia sudah diasak dengan tawaran berlakon yang tidak henti-henti datang. Walaupun dia menolak, pihak penerbit tetap melayangkan tawaran. Setelah memikirkan masak-masak, dia akhirnya bersetuju berlakon kembali sebagai mengisi kesepiannya yang menjadi alasan utama dia berbuat demikian.
"Selama ini saya tinggal dengan dua anak dan kakak. Bagaimanapun, kakak sekarang sudah berkahwin dan ada keluarga sendiri, manakala anak saya pula, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra sekarang tinggal di asrama di Pahang. Mereka hanya akan pulang sebulan sekali. Kerana terlalu sunyi bersendirianlah, saya akhirnya kembali berlakon kerana sekurang-kurangnya masa akan terisi.
"Biarpun saya ada kedai The Cuture di Seksyen 23, Shah Alam, perniagaan dijalankan menerusi online (dalam talian) dan bukan dibuka kepada orang ramai. Saya memang akan berada di situ, tapi takkanlah saya nak tercongok seharian suntuk. Kedai ini ditubuhkan bersama rakan kongsi. Kami pilih jualan secara borong kerana lagi bagus pulangannya.
"Mungkin pada masa depan, baru kami akan buka butik. Bisnes yang kami buat ialah hasilkan jubah, baju kurung dan blaus yang dihantar ke butik. Pasarannya memang bertumpu kepada kaum wanita. "Mengenai bisnes bulu mata pula, memang ada perancangan tapi rakan kongsi saya, Amy Janz nampaknya lebih sibuk daripada saya, jadi impian itu tertangguh dulu," katanya yang tetap ramah melayan pihak media.
Menurut Rozita, ada sesetengah pakaian itu direka bentuk sendiri olehnya berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya. Malah dia sering memakainya dalam drama antaranya Hani kerana lebih selesa dengan pakaian sendiri berbanding yang disediakan pihak produksi. Bukan dia mengada-ngada tetapi Rozita merasakan itu lebih memudahkan kerja semua pihak.
Kerana terlalu bekerja keras berlakon, Rozita hanya tidur 3 jam setiap hari. Tempoh itu dirasakan sudah mencukupi kerana sebaik meletakkan kepala atas bantal, dia akan terus nyenyak tidur tanpa dibuai mimpi.
"Memang diakui penat kerana shooting biasanya bermula dari pagi sampai pagi esoknya. Tapi, nak buat bagaimana kerana apabila duduk sendirian saya terasa bosan. Saya mudah bekerjasama dengan penerbit kerana tak demand (meletak harga). Sebenarnya seawal 3 Januari lagi, saya dah ditawarkan berlakon, tapi saya hanya mula berlakon pada bulan ini.
"Saya tak kisah sebenarnya orang nak kata apapun. Sama ada saya berlakon ataupun tak, orang tetap juga nak mengata. Kalau betul rezeki saya sudah ditentukan menerusi lakonan, saya terima dengan hati terbuka. Jadual saya sudah penuh sampai bulan Jun kerana Kiah Pekasam akan disambung lagi penggambarannya di Perlis.
"Saya bersyukur diterima peminat menerusi drama ini kerana 95 peratus menggambarkan karakter sebenar saya. Sekarang pergi ke mana-mana pun, orang panggil saya dengan gelaran itu," katanya yang pernah memberitahu ibunya turut berkata begitu dan melihat dirinya sesuai membawakan watak komedi.
Kemampuan Rozita melakonkan pelbagai watak sudah teruji apabila tampil dengan pelbagai genre drama. Di saluran Astro kelibatnya sering tampil dengan karakter komedi, sebaliknya menerusi TV3, dia membawakan peranan berbeza. Kejayaannya menghayati pelbagai watak ini menyebabkan namanya semakin menyerlah di mata peminat.
Bagaimanapun, dek kerana kuatnya penangan Kiah Pekasam dan sinonim dengan jenama Astro, dia dikatakan akan diikat oleh Astro sebagai Wajah Eksklusif Astro. Jika ia berlaku, bermakna lakonannya tidak dapat disaksikan lagi menerusi stesen TV lain. Sekali lagi, Rozita memberi jawapan selamat apabila diajukan soalan mengenai perkara itu.
"Sebagai pelakon saya hanya ikut kehendak stesen TV. Memang tak dinafikan saya kerap berlakon watak komedi untuk Astro dan di TV3 pula bawa watak lain. Memang itu kehendak pihak atasan. Tapi sekurang-kurangnya adalah perbezaan yang peminat dapat lihat. Macam watak dalam Hani, pengarah nak saya bawa watak ibu yang bermain dengan emosi.
"Sama ada jadi atau tak, bergantung pada saya sendiri untuk mencorakkannya. Selain itu gabungan dengan pelakon lain turut membantu menghidupkan lagi lakonan saya. Mengenai ura-ura saya dilamar Astro pula, saya tak boleh jawab kerana kenyataan itu bukan dikeluarkan oleh saya. Biarlah pihak Astro yang keluarkan kenyataan nanti," katanya diiringi ketawa panjang yang menjadi identitinya.
Tidak puas hati dengan kisah cinta yang belum terungkap sepenuhnya, Rozita terus diasak dengan soalan siapa kekasihnya sekarang selepas putus cinta. Tambah pula sebelum ini dia dikatakan diminati Shahir AF. Tidak kurang juga ada melihat Rozita intim dengan pelakon Zain Saidin. Pelakon 4 Madu ini tetap menyimpan kemas kisah peribadi dan tidak mahu berkongsi dengan masyarakat.
"Saya baru sekali putus cinta dan sekarang tak bercinta dengan sesiapa. Saya tak ada ciri-ciri tertentu dalam memilih lelaki tapi asalkan dia tak menyinggung perasaan saya, sudahlah. Tapi sebenarnya saya tak ada fikir pun ciri-ciri yang dikehendaki atau sasaran bila nak berkahwin kerana mana tahu nanti terbalik jadinya," kata sambil terus ketawa.
>PROFIL
NAMA SEBENAR: Rozita Che Wan
TARIKH LAHIR: 9 Mac
ASAL: Alor Setar, Kedah
KELUARGA: Anak kedua daripada tujuh beradik
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia
KERJAYA: Pelakon dan model
DRAMA: Bara Yang Ku Genggam, Susuk, Ai Di Beijing, Diari Ramadan Raffique, Ayyad, Kuih Goyang Seha, Lawaknya Fantasia Raya, Kiah Pekasam, Hani, Iparku Diva, Bila Suami Jadi Suri, Mencari Wardah dan banyak lagi
FILEM: Dunia Baru The Movie, Sepi, Sifu & Tongga, Jangan Tegur, Kantoi, 4 Madu, Gentayangan, Misteri Dendam Balan Balan The Movie
Posted by FIKRI FAUZI at 11:39 AM 0 comments