BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tak Klik Bedosa!!

Follower First

Tuesday, May 24, 2011

Zizan Tenang (isu video lucah)

KISAH panas foto dan video aksi lucah selebriti tanah air bukan lagi isu baharu untuk diperdebatkan. Malah setiap kali ia tersebar, sekelip mata sahaja ia menjadi sensasi dan mencetuskan kekecohan dalam kancah seni tempatan.

Lihat sahaja kesan negatif yang menimpa wajah-wajah ternama yang tidak berfikir panjang dengan merakamkan aksi ranjang mereka buat koleksi peribadi.

Contoh ketara ialah apabila vokalis grup Peter Pan, Ariel dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana terbabit mengedar dan merakam video hubungan seksnya bersama Cut Tari dan Luna Maya.

Jelas ia bukan tindakan bijak malah akhirnya memakan diri apabila tanpa disedari bahan-bahan itu didedahkan di internet dan di dada-dada akhbar meragut maruah mereka sebagai insan yang disanjung peminat-peminat setia selama ini.

Begitu jua dengan anak seni bernama Zizan Nin. Walaupun telah mendirikan rumah tangga awal tahun lalu, ia bukan satu imuniti buat lelaki berusia 38 tahun itu untuk tidak dihimpit kontroversi serupa.

Berdesing telinga suami kepada penyampai berita Edisi 7, Fazilah Hani Harun itu apabila diutarakan persoalan yang merentap emosinya sebagai seorang aktor yang selama ini memegang imej bersih tanpa gosip liar.

Khabar angin tentang kewujudan sebuah video yang memaparkan aksi mesranya bersama seorang lelaki kini hebat diperkatakan malah turut dikaitkan sebagai punca goyangnya mahligai perkahwinan yang baru sahaja dibina.

Sebagai seorang profesional, Zizan tidak memilih untuk berdiam diri dan mengelak daripada diburu media bahkan menyambut baik soalan-soalan berkait isu panas itu agar masyarakat tidak sewenang-wenangnya melabelkan dirinya sebagai lelaki songsang.

Kosmo!(K): Bilakah kali pertama Zizan diberitahu tentang kewujudan video tersebut?

Zizan(Z): Saya diajukan soalan berhubung video tersebut ketika saya hadir di majlis bersama peminat 14 Mei lalu.

Apakah reaksi Zizan ketika itu?

Saya tidak mengambil serius kerana mungkin ia sekadar usikan dan tidak bermakna apa-apa.

Tetapi setelah isu ini mendapat liputan meluas oleh media, adakah Zizan akan berdiam diri sahaja?

Saya terkejut apabila perkara ini tiba-tiba keluar di radio dan blog-blog hiburan tetapi saya tidak cepat melenting dan akan menunggu sehingga keadaan benar-benar memaksa saya untuk mengambil tindakan.

Adakah Zizan akan membuat laporan polis?

Tidak untuk ketika ini kerana saya tidak mengetahui kebenaran di sebalik kewujudan video tersebut dan mungkin video tersebut tidak pernah ada.

Adakah Zizan mengesyaki mana-mana individu yang cuba menimbulkan spekulasi sebegini bagi menjatuhkan karier Zizan?

Tidak tahu pula dan saya tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk menyebut nama-nama tertentu. Mungkin ada segelintir yang tidak suka kepada saya tetapi apa boleh saya buat kalau orang memilih untuk tidak menyukai saya.

Pandangan Zizan sekiranya video itu benar-benar ada dan pelaku di dalam video itu mirip Zizan?

Dalam zaman berteknologi tinggi sekarang macam-macam orang boleh buat, terutamanya foto yang dipalsukan, sukar untuk kita membezakan mana satu yang betul dan yang tidak. Tetapi dalam situasi saya ia melibatkan video jadi agak sukar untuk memalsukan wajah seseorang di dalam rakaman video namun saya tidak mengatakan ia mustahil untuk dilakukan.

Kesan berita ini terhadap rumah tangga Zizan?

Sudah tentu isteri saya bertanya macam-macam dan mempersoalkan bagaimana berita sebegini boleh timbul tetapi kami masih lagi tenang dan menunggu apa yang akan terjadi selepas ini.

Eira Syazira Sebak Teringat Peristiwa Diraba....







HAMPIR 10 tahun lamanya pelakon Eira Syazira berkecimpung dalam industri seni. Antara sedar atau tidak, sudah puluhan drama telah dijayakan. Hampir 90 peratus daripadanya berwatak sedih. Gelaran Ratu Air Mata cukup sinonim dengannya.
Hakikat sebenar, tidak siapa tahu macam mana pemilik nama Syazira Shuhaimi boleh menitiskan air mata dengan mudah. Pasti ada peristiwa perit menyebabkan Eira sebak tatkala mengenang kembali riwayat hiba itu.
“Saya pernah melalui fasa sedih melibatkan maruah, dua kali. Kejadian memalukan itu tak akan saya lupakan sampai bila-bila,’’ awal bicara Eira menarik nafas tanda bersedia berkongsi kisah lampau.
Peristiwa pertama berlaku sekitar awal tahun 2000. Ketika Eira berada dalam fasa pelakon baru. Masih naif untuk mengetahui sama ada seseorang individu itu punya niat baik atau jahat terhadapnya.
Semuanya kerana percaya kepada seorang pengurus produksi. Eira ingat dia ikhlas mahu menghantar pulang ke rumah usai penggambaran sebuah drama di Sepang, Selangor. Sebab Eira tiada pengangkutan dan hari pula sudah lewat malam.
Eira tiada pilihan dan perlu menumpang kereta pengurus berkenaan. Lagipun dia bukan berduaan dengan lelaki itu. Bersama anak bujang lelaki itu yang menjadi peneman di sebelah pemandu.
“Perjalanan jauh itu buat saya terlena di tempat duduk belakang. Saya dengar pengurus cakap mahu singgah sebentar di stesen minyak. Katanya, mahu tidur sebentar. Saya menurut saja sebab tak ada pilihan. Masing-masing dalam keadaan letih.
“Tak lama kemudian, antara sedar dan tak sedar, tiba-tiba saya rasa ada tangan menyeluk masuk ke dalam baju dan terus saya sedar. Saya tambah terkejut bila tengok pengurus di sebelah saya.
“Saya cuak. Bimbang nampak ketara, saya beri alasan mahu ke bilik air. Padahal, jantung saya berdegup kencang lepas dia buat benda itu. Mata saya pula terus celik sepanjang perjalanan. Takut kalau dia apa-apakan saya lagi selepas itu,’’ cerita Eira panjang lebar.
Kejadian itu juga menyebabkan dia berwaspada. Tidak mahu bergantung kepada orang untuk ke lokasi penggambaran. Terutama ketika di lewat malam.
Jadi ‘bahan permainan’
Kejadian kedua yang mengaibkan dirinya berlaku di Pulau Tioman, Johor. Apabila ada pengarah dan penerbit mengajak Eira untuk berlakon drama di situ.
Bersama kakak angkatnya, Ella yang bertindak sebagai peneman, pelakon teater Lorong 2/90 dan Bangsawan Lela Manja ini ke sana.
Kehadiran mereka berdua bagaimanapun telah menimbulkan tanda tanya di kalangan tenaga produksi di situ. Sebab, Eira datang pada hari terakhir penggambaran.
“Macam-macam benda saya fikir lepas kru produksi beritahu saya ini hanya ‘permainan’ penerbit dan pengarah. Disebabkan terlalu takut, bimbang kejadian lama berulang, saya ajak kakak angkat pulang bersama,’’ katanya yang tak menyangka boleh ditipu bulat-bulat oleh lelaki berhidung belang itu.
Peristiwa hitam itu tetap menghantui diri Eira. Menyebabkan dia perlu lebih berwaspada pada setiap langkahnya. Sebab bidang yang menjadi pilihan itu berisiko besar.
“Saya mendedahkan cerita ini bukan untuk memalukan sesiapa. Sekadar berkongsi sebab orang di luar nampak artis hidup glamor. Sedangkan ada banyak kepayahan menuju ke arah popular itu. Boleh juga dijadikan panduan buat artis baru yang ingin mencipta nama,’’ katanya.
Debaran terbaru
Dugaan berkenaan dijadikan garis panduan berguna pada masa depan. Sebab Eira ada misi mahu mengembangkan potensi diri. Terbaru, Eira kini bergelar penyanyi di bawah label syarikat FG Music (M) Sdn. Bhd. (FGM)
Album berjudul Di Hati ini bakal menampilkan lima buah lagu Melayu termasuk Sememangnya, Nour El Ain, Sisi Duka dan Bukan Mimpi Kesiangan.
“Semuanya bermula secara suka-suka. Masa saya menyanyikan lagu tema drama Ustaz Amirul (lagu Sisi Duka). Tak sangka pula ditawarkan menyanyi di bawah label FGM. Satu peluang yang saya terima penuh kesyukuran,” ceritanya.
Menampilkan konsep pop balada, pelakon drama Kemboja Putih ini menampilkan kelainan tersendiri dalam lenggok suaranya. Menggunakan kepakaran guru vokal Siti Hajar, Eira mengasah suaranya bermula dari peringkat dasar.
Ditanya adakah terlalu lewat bagi seorang pelakon menukar profesion kepada penyanyi, wanita berusia 27 tahun punya alasan sendiri.
“Saya menggunakan sepenuhnya peluang yang datang. Tak salah kalau jadi artis serba boleh bukan? Lagi pun, saya memberi seluruh komitmen dalam hal ini. Soal lambat atau cepat tak perlulah dipertikaikan. Sebab ini melibatkan rezeki,” katanya bersungguh-sungguh. Bagaimanapun, Eira tetap memberi keutamaan diberikan kepada bidang lakonan. Sebab lapangan itu yang memperkenalkan namanya kepada khalayak umum

Sunday, May 22, 2011

Stadium Bergegar Dengan Alunan Selawat....



negara timur tengah pun belum ada yang buat macam ni..tapi...malaysia ada....berbanggalah dengan negara kita... :-)

Saturday, May 21, 2011

Artis Melayu Dan Kebanggaan Mereka....

inilah rupe artis 'Melayu'...

selamba kodok jer...[yg penting kite enjoy!!!!!!!!]

baik yg tua 0r muda...sama jer.... sooosial!
































rosyam nor pn join??

Super Sosial Anak Tiri Artis Popular

Berikut adalah gambar anak kepada seorang **** di Malaysia serta merangkap anak tiri kepada artis wanita popular. Adib dan kekasihnya Sophia. Tak perlu kami beritahu lebih lanjut, anda sendiri boleh teka. 





















Kata orang, gadis di atas adalah kembar kepada kekasih Nas-T. Mungkin ada kebenarannya sebab memang serupa dowh!

Top 8 Artis Yang Hisap Rokok....

Di tempat pertama ialah Shariffah Amani. Faktor Shariffah Amani menduduki tangga pertama ialah wajah Melayu kampungnya dan perwatakan ibunya yang begitu baik sekali. Bayangkanlah tetiba anak perempuan hisap..




Pelakon yang mempunyai bakat besar dan dikuatkan lagi dengan gandingan adik beradiknya, siapa lagi kalau bukan Sharifah Amani, yang pernah mengemparkan dunia hiburan dengan membotakkan rambut. Sharifah Amani ini seperti sedia maklum memang cukup dikenali sebagai pelakon yang lahir dalam keluarga yang cukup bahagia dan terdidik. Namun, apa yang mengejutkan ramai pihak selepas ini adalah mengenai sebuah video yang memaparkan dimana Sharifah Amani sedang menghisap rokok ketika sedang di temubual oleh seseorang 'wartawan' yang berbangsa asing. Kalau buka fullscreen, memang ada Sharifah pegang rokok dengan tangannya.


Di tempat kedua (2) ialah pelakon Impian Sunsilk iaitu Diana Amir. Menduduki tempat kedua kerana selain merupakan bekas penuntut USM, dia juga adalah salah seorang artis yang 'cun' di Malaysia ni. Baru-baru ini, ada pihak menulis di laman sosial Facebook dengan menyatakan bahawa Diana ni sebenarnya adalah 'kaki seks', 'minum arak' dan 'perokok'. Cuba anda search di Google imej tentang diana. Apa nak jadi dengan artis sekarang nie, nak cari artis yang 100% bersih dari gejala sosial yang tidak sihat, memang agak susah dan sukar. Pelakon baru, Diana Amir juga tergolong dikalangan segelintir artis yang suka bersosial. Walaupun gayanya kurang menampakkan dirinya itu seorang yang sosial, tetapi, Diana Amir juga sebenarnya layan...(layan ape? hah! yang ini kite nak tahu)...rokok. Tambah memualkan dia seorang perempuan, kaum perempuan ni mestilah dengan gaya lemah lembut dan sopan, tetapi Diana Amir nampak lebih advance dalam dunia artis yang diceburinya.






Artis di tempat ketiga (3) pula adalah Aflind Shauki dan isterinya. Si 'Buyot' (nama glamour dalam filem Buli) ni nampak saja 'skema' dalam filem Papadom tapi di dunia realiti, lihat sajalah...



Tetapi dalam meniti era kegemilangannya..Afdlin tampak tidak profesional dalam pengurusan peribadinya. Rata-rata ramai yang tahu bahawa merokok itu membahayakan kesihatan..Dan gambar yang dipaparkan jelas menunjukkan dia merupakan seorang perokok. Lihat saja di tangan dia dan isterinya itu. Jika ditanya pada tuan empunya badan, pasti jawapannya 'super impose'. Untuk makluman anda, gambar seperti ini tidak boleh di 'super impose'kan...

Di tempat keempat (4) pula adalah pelakon sinetron Soleha yang memegang watak isteri kedua kepada watak Ikram lakonan Rionaldo, iaitu Zaskia Adya Mecca. Tentu para pembaca tertanya-tanya, mengapa artis Indonesia juga termasuk ke dalam senarai ini kan? Jawapannya adalah kerana tidak ada bezanya industri seni Malaysia ataupun Indonesia, kerana yang pasti ramai rakyat Malaysia yang menonton karya-karya dari seberang. Ya kan? Pernahkah anda terfikir bahawa Zaskia ini adalah perokok dan mempunyai tatoo. 














Di tempat kelima (5) ialah Fasha Sandha. Akibat penyebaran secara berleluasa gambar di atas, Fasha Sandha akhirnya telah membuat pengakuan yang dia sememangnya merokok. Namun dia bukanlah seorang heavy smoker, cuma kadang-kadang (social smoker) sahaja.






Fasha Sandha telah memberitahu yang gambar di atas telah diambil oleh kenalannya di suatu majlis. Fasha Sandha sendiri telah melihat gambar di atas menggunakan Blackberry miliknya.


Di tempat keenam (6) ialah Sazzy Falak. Sazzy memang dikenali dengan gaya urbannya. Gambar ini menunjukkan Sazzy sedang memegang puntung rokok ini diambil ketika Sazzy bersama-sama Yasmin Hani dan rakan-rakannya yang lain di sebuah parti. Di sebuah laman hiburan, menyatakan bahawa Sazzy sememangnya perokok. Tapi, kadang-kadang je...




Seterusnya di tempat ketujuh (7) pula ialah Shariffah Sofea. Gambar ini dirakamkan ketika Shariffah Sofea bersama-sama Jue Aziz dan Jehan Miskin di sebuah kelab malam.




Yang terakhir (8) ialah bekas peserta Gadis Melayu 3 Sharifah Jasmine Soraya. beberapa gambar lagi menunjukkan Jasmine sedang bercumbu dengan pasangan wanitanya.