BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tak Klik Bedosa!!

Follower First

Sunday, April 24, 2011

Majlis Tunang Ashraf & Dayana......

Ashraf dan Dayana menunjukkan cincin tunang di jari manis masing-masing selepas selamat bertunang di Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu, Gombak, Sabtu. - Foto M AZHAR ARIF
KUALA LUMPUR: Pelakon Ashraf Muslim, 30, dan Noor Dayana Lokman, 24, diraikan dengan penuh meriah seperti ‘kenduri kahwin’ dalam majlis pertunangan di rumah Dayana di Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu, Gombak, di sini, Sabtu.
Majlis besar-besaran itu siap dengan 16 buah khemah yang dipasang di luar rumah bakal isterinya itu.
Antara tetamu yang memenuhi rumah keluarga Dayana untuk melihat lebih dekat bakal pengantin.
Malah kehadiran Ashraf yang memakai sepasang baju Melayu putih dan bersamping ungu mencuri tumpuan ramai dan dilihat seolah-olah hendak bernikah lagaknya.
Bagaimanapun, pengacara Nasi Lemak Kopi ‘O’ dan Gadis Melayu di TV9 itu menjelaskan, majlis tersebut diadakan sedemikian kerana mereka turut melangsungkan majlis perasmian Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah di tempat dan hari yang sama.
“Pada mulanya kami tidak merancang untuk melakukan majlis perasmian serentak dengan majlis pertunangan tetapi setelah memikirkan majlis ini turut melibatkan saudara-mara, jadi saya rasa tidak salah untuk dilakukan sekali,” ujarnya yang turut menjemput ramai ahli keluarga dan sanak saudaranya.
Ashraf dan Dayana merakamkan gambar kenangan dengan ibu dan bapa Dayana.
Ashraf merupakan anak sulung daripada lapan adik-beradik. Antara ahli keluarganya yang hadir adalah bapanya dan ibu saudaranya, Fatimah Azil yang menyarungkan cincin pertunangan di jari manis Dayana. Ibu Ashraf telah meninggal dunia pada enam tahun lalu akibat kanser payu dara.
Ashraf dan Dayana akan bernikah pada 30 Ogos tahun ini sempena Hari Raya Puasa di Mekah.
Beralih kepada kariernya sebagai pengamal perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, Ashraf mula mempelajari cara mengubati pesakit menggunakan ayat-ayat al-Quran, mendidik dan memberikan kaunseling kepada pesakit sejak dua tahun lalu.
Ashraf dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri) melepaskan rama-rama sebagai tanda perasmian Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.
“Selepas mengubati pesakit, saya menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan. Selain itu, saya turut membekalkan mereka dengan ayat-ayat al-Quran dan doa untuk diamalkan sementara benar-benar sembuh.
“Apabila membaca al-Quran, diri kita akan lebih dekat dengan Tuhan. Kadangkala, saya ada juga meminta bantuan daripada Dayana untuk mengenal pasti sesuatu penyakit itu menggunakan kaedah perubatan moden kerana dia sedang belajar dalam bidang perubatan,” katanya.
Pusat rawatan yang digelar sebagai klinik oleh Ashraf itu boleh merawat penyakit seperti semua jenis kanser, SLE, kanser otak, AIDS atau HIV, gangguan sihir, penyakit kanak-kanak, penyakit kesuburan, diebetes, darah tinggi dan masalah akhlak.
Inilah Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah di Kampung Sungai Pusu, Gombak.
Dalam perkembangan lain, Ashraf yang masih meneruskan kariernya dalam bidang lakonan turut menganjurkan pakej umrah di bawah Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dengan kerjasama ZHB Holidays Sdn Bhd.
Dia dijangka akan bertolak ke Mekah pada 17 Ogos tahun ini bersama-sama bakal bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid dan ahli rombongan umrah yang terhad kepada 40 orang sahaja.

Friday, April 22, 2011

Rozita Che Wan Buat Statement Yang Salah??


Susulan artikel Anak Rozita Che Wan Jadi Mangsa Buli, pihak MRSM Kuantan telah menyiarkan satu entri menerusi blog MRSM Kuantan - Perkebunan Ilmu. Menurut pengendali blog tersebut, beberapa kenyataan pelakon Rozita Che Wan kepada GUA telah diputar-belitkan oleh pelakon tersebut.
Antara fakta yang tidak tepat adalah antaranya :

Pertama: Apa yang berlaku pada si Ammar ni bukanlah kes "buli" sebagaimana yang diistilahkan oleh Cik Rozita. Perkataan "buli", mengikut takrifan yang digunapakai dan diterima oleh masyarakat membawa maksud :- perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain.

Pelajar yang dikatakan "membuli" Ammar Effendi putera sulung kesayangan Cik Rozita ini, jika diukur dari apa segi sekalipun tidaklah superior ataupun lebih gagah perkasa dari Ammar. Bapanya hanyalah seorang anggota polis berpangkat biasa dengan pendapatan mungkin tidak sampai 1/20 dari pendapatan ibubapa Ammar iaitu seorang pilot dan seorang bintang bergemerlapan di persada hiburan tanahair. Dari segi populariti pun, pelajar ini (yang terpaksa dirahsiakan namanya di sini), langsung tidak dikenali dan hanya seorang pelajar biasa berprofil rendah. Tidak tertanding dengan si Ammar Effendi. Dari segi fizikalpun, dia sedikit lebih kecil dan lebih rendah body-built dan heightnya. Perbuatan yang dikatakan membuli itupun bukanlah perbuatan yang dilakukan berterusan dan berulang kali. Ianya hanyalah satu insiden "touch-and-go" yang disebabkan oleh perasaan marah tidak terkawal. Jadi, secara takrifannya, ianya bukanlah merupakan insiden "buli" sebagaimana yang difahami oleh umum.

Kedua - pelajar ini bukanlah pelajar Tingkatan 5 sebagaimana yang didakwa. Pelajar tersebut merupakan pelajar Tingkatan 3 yang sebaya dengan Ammar Effendi. Tidak timbul soal pelajar lebih senior "membuli" pelajar junior. Ianya merupakan pergaduhan biasa antara rakan sebaya yang tidak berjaya mengawal emosi.

Ketiga: - Apa yang berlaku sebenarnya memang ada kaitan dengan buku yang dipinjam daripada pelajar Tingkatan 5. Tetapi tiada campurtangan pelajar Tingkatan 5 dalam insiden pergaduhan itu. Apa yang berlaku ialah Ammar Effendi telah membuat provokasi lisan kepada pelajar yang memukulnya itu di Bangunan Akademik di hadapan pelajar-pelajar lain. Provokasi biasa sebenarnya, di mana dia telah mengejek pelajar tersebut dengan ayat seperti "Ha.. nak nangis lah tu... nak nangis lah tu..." Mungkin kerana ejekan itu dilakukan di hadapan pelajar-pelajar perempuan yang join mentertawakannya, pelajar tersebut berasa tercabar dan mengajak Ammar ke biliknya untuk settle kan hal itu. Ammar ni pun dengan lurusnya pergilah ke bilik pelajar tersebut. Di situlah berlaku insiden dia ditumbuk di bahagian dada/perut dan telinga. Ammar tidak membalas langsung,

Keempat: Pelajar yang memukul Ammar telah dihadapkan ke Jemaah Disiplin mengikut prosedur biasa kesalahan disiplin di MRSM. Dia telah mengaku melakukan perbuatan tersebut dan dihukum gantung persekolahan selama dua minggu, dan bukannya dua bulan.

Kelima: - Rozita mendakwa mereka juga telah mengeluarkan seorang lagi anak mereka dari MRSM yang sama. Samada Rozita tidak tahu di mana anaknya bersekolah atau memang dia sengaja nak mensensasikan cerita, wallahuallam. Tapi anaknya yang bernama Aniq Ezzra itu tidak bersekolah di MRSM Kuantan. Cuma pada awal-awal tahun dulu, ada juga terdengar yang dia nak merayu supaya anaknya dapat diterima masuk ke MRSM Kuantan jugak. Tak pastilah pulak samada anak keduanya itu berjaya mendapat tawaran MRSM atau tidak.

MRSM Kuantan, atau mana-mana institusi pendidikan sekalipun tidak pernah mewajarkan perbuatan memukul, bergaduh, menggunakan kekerasan, apatah lagi perbuatan membuli oleh mana-mana pelajar atas apa jua alasan sekalipun. Apa yang berlaku pada Ammar memang dikesali dan tidak direstui sesiapapun, tetapi kita menganggap itu hanyalah "ribut di dalam cawan kopi" yang tidak perlulah sampai melibatkan aduan polis, atau hebahan di media-media perdana. Tidak perlulah ibubapa Ammar melenting-lenting seolah-olah seluruh warga MRSM Kuantan terlibat dalam konspirasi mencedera-parahkan anak mereka. Walhal, tiada sebarang kecederaan, atau apa-apa kesan lebam pun yang kelihatan.

Ibubapa anak remaja yang sedang melalui proses pendewasaan yang normal seharusnya lebih boleh berfikir secara rasional, lebih boleh menerima hakikat bahawa dalam proses pendewasaan itu, seseorang anak perlu melalui saat-saat manis persahabatan dan mungkin diselang-seli dengan pelbagai lagi peristiwa yang pahit, tawar, masam, kelat dan sebagainya. "It takes the whole village to raise a child".

Saya sendiri ada berjumpa pelajar yang memukul Ammar sehari selepas insiden semasa dia berjumpa guru homeroomnya. Wajahnya pucat dan suaranya terketar-ketar menceritakan kejadian. Ibu pelajar tersebut juga telah menelefon guru homeroom anaknya malam sebelum itu, juga bercakap dengan nada cukup takut dan cemas memikirkan tindakan yang bakal dikenakan.

Sehingga sekarang bila saya membaca kenyataan-kenyataan Cik Rozita di blog-blog di internet atau di Pancaindera tempoh hari, ingatan pasti melayang kepada satu wajah budak lelaki yang kepucatan yang bercakap dengan nada suara bergetar kepada seorang guru homeroom. Hanya seorang guru untuk mendengar dibandingkan dengan Rozita yang mempunyai jutaan peminat yang mendengar keluh-kesah hatinya, lengkap dengan gerombolan media dan wartawan yang siap-siaga untuk mencanangkan ke seluruh pelusuk negara perihal anaknya yang telah menjadi "mangsa buli" sebuah MRSM!

Mungkin keputusan mengeluarkan Ammar Effendi dari sistem MRSM oleh ibubapanya merupakan tindakan terbaik. Eloklah anakanda tercinta Cik Rozita ni bersekolah di sekolah di Subang tu. Lebih elok kalau dapat masukkan ke sekolah elit swasta di mana-mana. Leave MRSM to those kids from underprivileged families... MRSM diwujudkan untuk membantu anak-anak bumiputera dari golongan berpendapatan rendah luar bandar dan orang-orang biasa rakyat marhaen yang boleh menerima adat hidup sebagaimana orang-orang biasa.

Saturday, April 16, 2011

Rozita Nafi Pakai Susuk....



Memiliki tubuh badan yang menawan serta raut wajah yang cantik pada usia lewat 30-an membuatkan ramai wanita di luar sana mencemburui kelebihan yang ada pada diri aktres popular, Rozita Che Wan. Tidak mustahillah, apabila ibu tunggal kepada dua anak lelaki ini dilemparkan tohmahan kononnya beliau memakai susuk.

Tidak melenting mahupun marah dengan persepsi masyarakat pada dirinya, janda meletup ini hanya tersenyum apabila pihak media mengajukan soalan benarkah dia memakai susuk untuk cantik.

“Sudah tentu tidak. Saya agak terkilan kerana masyarakat kita tidak boleh terima kejadian Tuhan di mana manusia ada yang cantik dan buruk. Bila cantik saja, kenapa mesti tuduh seseorang itu memakai susuk?

“Selain diet seimbang serta senaman yang berterusan, penggunaan produk yang bagus juga dapat membantu mengekalkan keanjalan kulit sekaligus mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus,” kata Rozita ketika ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta kepada jenama Safi Rania Gold.

“Syukur, Alhamdulillah. Terima kasih kepada pihak UNZA kerana meletakkan kepercayaan kepada saya untuk menjadi duta Safi Rania Gold. Saya rasa bangga dapat mewakili produk kecantikan serta teruja untuk berjumpa wanita di luar sana yang seusia dengan saya untuk berkongsi tentang keistimewaan produk ini.

“Sebelum ini, ada juga tawaran dari produk lain, tapi bila saya guna produk ini ia terbukti bagus, jadi pucuk dicita ulam mendatang,” ujar anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini yang mengakui sudah menggunakan jenama ini sebelum dilantik menjadi duta lagi.

“Saya dah guna produk ini beberapa bulan yang lalu. Mula-mula mak saya yang pakai, namun bila dah tinggal satu rumah, saya pun gunalah juga pencuci muka mak. Bila usia dah nak menginjak ke 40 tahun, mula timbul tanda jeragat, jadi saya kena gunakan Safi Rania Gold terutama krim dan serumnya. Tidak dinafikan ia memang bagus.

“Malah, apa yang membuka mata saya dan membuat saya teruja ialah ia dapat hilangkan jeragat dalam masa sebulan saja. Sebelum ini dah banyak produk kami cuba, jadi bila jeragat hilang dan tak naik lagi, itu yang buat saya percaya produk ini memang berkesan. Buat apa nak buang duit kita sedangkan produk ini memang sesuai dengan kita,” jelas Rozita yang cantik berkebaya bewarna emas.

Menurut Pengurus Produk SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman, pemilihan Rozita sebagai teraju utama jenama ini memang tepat sekali memandangkan pelakon ini menjadi inspirasi serta ikon kepada wanita masa kini.

“Cantik merupakan sebab paling utama kita pilih dia. Kami suka personaliti dia yang sopan dan ayu serta menepati ciri-ciri wanita Melayu. Kita juga pilih Rozita kerana dia merupakan aspirasi kepada wanita di luar sana. Kami berkenan, teruja dan kagum dengan Rozita sebab dia masih berjaya mengekalkan kecantikan dalam usianya 30-an walaupun sibuk dengan tugas sebagai pelakon dan ibu kepada dua orang anak.

“Malah, maklum balas yang diterima apabila kita mencadangkan nama Rozita juga cukup bagus. Kita rasa berbangga hati bila dia jadi duta kita. Harap dengan perlantikan Rozita sebagai duta dapat menaikkan lagi pelanggan Safi Rania Gold.”

Mengikat kontrak selama dua tahun, pelakon drama Jelatang ini khabarnya menerima tawaran ratusan ribu ringgit dari pihak UNZA sebagai duta jenama ini. Apabila diajukan soalan tersebut kepadanya, Rozita menjawab, “Alhamdulillah, saya bersyukur dengan tawaran yang diberikan.”

Pelakon Nur Kasih Tampil Tak Bertudung??!!

Pelakon yang pernah membintangi drama bersiri popular, Nur Kasih di TV3, Nur Fathia Abd Latiff merupakan anak kelahiran Penang. Umur baru jerk 23 tahun nie masih dalam mengambil pengajian ijazah sarjana Undang-undang di UITM, Selangor. Pelakon yang manis nie dikatakan akan meletup tak lama lagi dengan penampilannya yang anggun. Cantik kalau pakai tudung dan juga tidak pakai tudung. Kiranya mempunyai aset atau peluang yang tinggi untuk mendapat kontrak lakonan lagi. Jgn buat kes dah lah macam pelakon muda wanita kiter yang sorang tue.. hehe..


Nama sebenar: Nur Fathia Abd Latiff
Tarikh lahir: 1 September 1987
Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang
Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik
Cita-cita: Seniwati yang dihormati dan peguam
Pendidikan: Ijazah Sarjana Undang-Undang di UiTM, Selangor.
Drama dan telefilem: Joe & Faridah, Nur Kasih, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri, Bila Musang Berjanggut
Iklan komersial: Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua, Panasonic

















Memey Ada Sebab Tak Hadir Mahkamah.....


Akibat tidak hadir ke prosiding kes khalwat mereka, pasangan sensasi Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah dikenakan waran tangkap oleh Hakim Syarie Salehan Yatim di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam.

Menurut peguam syarie yang mewakili pasangan terbabit, Norman memberitahu pihaknya dia tidak dapat hadir ke mahkamah pada hari tersebut kerana sakit manakala Memey pula berada di luar kawasan.

Ekoran penjelasan yang diberi tidak munasabah dan tiada sijil cuti sakit dikemukakan, Hakim Syarie telah mengeluarkan waran tangkap ke atas pasangan terbabit. GUA cuba menghubungi Memey untuk mendapatkan penjelasan sebenar dari pihak mereka. Ikuti temubual yang sempat GUA lakukan bersama Memey melalui telefon malam semalam.

“Saya kini sedang berada di Bahau, Negeri Sembilan untuk menjalani penggambaran telemovie, ‘Timah Labuci’. Kalau boleh saya tak mahu benda ini diperbesar-besarkan kerana tak nak orang salah sangka. Apa yang saya boleh kata, waran tangkap itu sebagai peringatan kepada kami berdua untuk datang ke mahkamah selepas ini.

“Saya tak nak orang salah faham bila keluar isu macam ini, orang ingat saya kena tangkap ke apa. Ini sekadar peringatan supaya prosiding seterusnya kami kena hadir,” ujar Memey yang mengakui pernah menerima waran tangkap sebelum ini.

“Ini kali kedua kami kena sebab sebelum ini pun ada juga kena waran tangkap. Walaubagaimanapun itu semua salah faham pasal tarikh. Masa itu tak kecoh pun pasal waran tangkap itu. Lagipun bukan sengaja saya tak nak datang, cuma ia memang tak dapat dielakkan.

“Saya dah cuba untuk datang tapi memang tak boleh nak ‘adjust’ jadual. Saya sendiri dah maklumkan kepada pihak produksi kena pergi mahkamah tapi mereka tak lepas. Saya adalah heroin telemovie tersebut, jika saya tak ada mereka tak boleh nak buat apa-apapun. Lagipun telemovie ini melibatkan ramai artis.

“Jika saya pergi mahkamah, ia akan kacau semua orang. Saya tak boleh nak pentingkan diri sendiri. Sebenarnya dua-dua penting untuk saya. Saya akui dalam dilema sangat. Saya terpaksa buat pilihan dan menanggung risiko itu sendiri. Saya bukan sengaja tak nak datang tapi saya memang ada sebab.

“Saya harap isu ini tidak diperbesar-besarkan. Saya tak nak orang salah anggap kerana ia bukan satu perkara yang perlu digembar-gemburkan,” ujar Memey sambil memberitahu Norman memang tidak sihat kerana demam.

Pada 30 Oktober 2008, Norman dan Memey didakwa berkhalwat di pejabat milik Norman di Taman Ukay Perdana, Ampang. Jika disabit kesalahan, pasangan ini akan berhadapan dengan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Selepas hampir tiga tahun perbicaraan kes khalwat ini berlangsung, akhirnya mahkamah telah menetapkan 29 Julai 2011 sebagai tarikh keputusan kes tersebut.

“Kalau boleh saya memang nak kes ini cepat selesai. Bila saya dapat tahu tarikh tu, saya harap yang terbaik saja. Sekarang ini saya hanya mampu berdoa yang terbaik untuk keputusan nanti. Memang rasa lega sebab dah hampir tiga tahun kes ini berlangsung.”

Apabila ditanya tentang perancangan perkahwinannya dengan Norman, Memey memberitahu, “Hujung tahun ini kami kahwin. InsyaAllah, minggu depan keluarga saya dan dia akan duduk berbincang mengenai perkara ini. Sekarang ini saya masih sibuk dengan pengambaran. Mungkin lepas habis semua ini, saya akan tempah baju dulu.”

Sumber : GUA

Shaheizy Sam Menangis??!!



Dia terlalu terkejut sehinggakan dipenghujung majlis penganugerahan ini, lelaki bernama Shaheizy Sam mengakui menghadapi pedih ulu hati kerana kesan keterujaannya ketika mengambil anugerah pada malam itu.

Tidak pernah menyangka dirinya bakal menyandang gelaran artis paling popular dalam ABPBH ini, menurut Sam, angan-angannya semenjak tiga tahun lepas menjadi kenyataan yang paling bermakna tahun ini. Mengalirkan air mata ketika sidang media dilakukan pada malam itu, Sam melahirkan rasa bangga kerana dia sudah menjadi apa yang diharapkan oleh ibunya selama ini.


[Sam tidak dapat menahan sebak ]
"Hidup saya hanya ada emak saya, dia yang membesarkan saya selama ini tanpa ayah dan bagi saya dia adalah segala-galanya sekarang ini.

"Saya langsung tidak menyangka saya akan menang malam ini, bila nama diumumkan fikiran saya hanya terfikirkan emak saya dan sebab itu saya berlari kepadanya.

"Saya terlalu bersyukur dengan apa yang dianugerahkan pada malam ini, terima kasih pada yang menyokong saya selama ini, kepada para penerbit yang tidak jemu menjemput saya menjayakan filem mereka, pada para wartawan yang tidak pernah berputus asa membuat cerita-cerita saya biarpun adakalanya saya rasakan tiada cerita yang menarik tentang diri saya tetapi mereka tetap mencari saya dan menulis tentang saya sehingga ia menarik perhatian peminat.

"Pada semua peminat-peminat saya, yang banyak menyokong saya untuk sampai ketahap ini dan pada semua yang menaikkan nama saya selama ini. Sebaik mana sekalipun atau sehebat mana pun saya sekarang ini, tanpa bantuan peminat saya tidak akan berada di atas pentas malam ini untuk anugerah artis paling popular ini.

"Sebenarnya semenjak kemenangan Mawi tiga tahun lepas, saya sudah berangan-angan sekiranya saya yang naik ke pentas untuk anugerah paling popular ini, tetapi akhirnya angan-angan saya menjadi kenyataan.

Tak Mahu Sam Berubah-Khaty Fudziah

[Sam menyapu air mata kegembiraan]

Sebak melihat aksi Sam pada malam itu, jelas pelakon Khaty Fudziah Musa, dia berbangga dengan kejayaan Sam dan yakin anaknya kini sudah tahu arah tuju hidupnya.

"Sebagai ibu saya bersyukur dengan apa yang diberikan kepada Sam, malah apa yang saya risaukan sebelum ini sudha pun berakhir apabila saya lihat Sam kini sudah mempunyai arah tujunya sendiri.

"Satu nasihat saya kepadanya, jadilah dirinya yang sekarang ini sampai bila-bila dan selamanya, dan janganlah dia berubah biarpun dia sudah dianugerahkan dengan anugerah sebaik ini.

Ada Apa Dengan Miera Leyana??



Miera Leyana, pelakon remaja yang sedang meningkat naik, baru-baru ini telah menimbulkan kontroversi berikutan pakaian yang diperagakan di majlis Malam Gala ABP – Rafflesia, sempena Anugerah Bintang Popular 2010, dikatakan seksi dan menjolok mata , sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak.

Dalam mendapatkan penjelasan mengenai pakaian yang dikatakan ‘menjolok mata’ itu, Miera Leyana telah ditemui sehari selepas majlis berkenaan yang diadakan di Le Meridien, baru-baru ini.

Bagi Miera, dia memohon maaf atas apa yang berlaku, ini disebabkan beberapa kejadian saat akhir yang tidak dapat dielakkan.

‘Baju yang direka oleh Wan Huzairil untuk majlis berkenaan, memang direka untuk fesyen sedemikian. Pada cubaan kali pertama setelah siap, ianya agak besar dan saya telah meminta untuk dia mengecilkan sedikit saiz baju berkenaan,” cerita Miera.

“Dan selepas dari itu, saya tidak mencubanya, sehinggalah pada petang acara itu akan diadakan, sekitar jam 7 malam. Sekali imbas, saya melihat ianya sebuah baju yang cukup cantik dan sesuai dengan saya.”

Miera menjelaskan lagi, “Ketika sampai di acara berkenaan dan setelah selesai sesi temuramah dan pengambaran, barulah saya sedar yang baju itu ‘menjolok mata’ seperti yang dikatakan. Saya mohon maaf atas apa yang berlaku dan tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak. Saya kesal dan percaya, perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi,” katanya dalam nada yang penuh kesal.

Mengenai jawapan Miera Leyana dalam sesi temuramah yang dikatakan cukup puas hati dan selesa dengan baju yang dipakainya pada acara berkenaan, dia menjawab, “Pada waktu berkenaan, saya tidak perasan yang baju berkenaan begitu ‘menjolok mata.’ Jadi jawapan pada ketika itu berdasarkan rekaan baju berkenaan yang cukup selesa dan sesuai dengan citarasa saya.”

“Mengenai jawapan saya mengenai, nampak sedikit sahaja, ianya satu jawapan yang tidak menjurus ke arah konteks yang saya berbangga dengan apa yang dilakukan, tetapi lebih kepada situasi berkenaan dan tidak menjangka akan memberi impikasi yang kurang senang kepada orang lain,” tambah Miera Leyana lagi.

Diminta mengulas mengenai penyebaran gambarnya dalam majlis berkenaan, yang diambil secara sembunyi dan menampakkan bahagian tidak sepatutnya, di beberapa laman sesawang dan forum, Miera berkata, “saya agak terkilan dengan penyebaran gambar berkenaan yang diambil secara sembunyi (gambar amatur) dan dimuatnaik ke laman sesawang tertentu. Saya telah melakukan kesilapan, tetapi saya merasakan tidak wajar diperlakukan sedemikian. Hidup saya seperti diburu paparazzi Hollywood.”

“Saya akui yang baju rekaan Wan Huzairil itu agak seksi dan ianya satu langkah agak berani untuk memperagakannya. Untuk sekian kali,dengan rasa rendah diri dan ikhlas, saya memohon maaf atas apa yang berlaku.”

Miera Leyana, anak kelahiran Johor ini semakin dikenali setelah terlibat dalam drama Kamelia Katrina, selain pernah membintangi drama online di portal hiburan, gua.com.my iaitu Luna Fantasiku arahan Aziz M. Osman. Terkini, Miera telah turut serta dalam sebuah filem aksi penuh emosi arahan pengarah terbaik, Mamat Khalid, Apokalips X, yang akan ditayangkan pada awal 2012.

Friday, April 15, 2011

Pengakuan Rozita Che Wan.....


JUJUR...pengumumannya untuk bersara sebelum ini bukan gimik, propa atau berniat menipu, tapi terpaksa ditarik balik kerana sebab tertentu.

"MANUSIA hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan segala-galanya," itulah jawapan selamat yang diberikan pelakon bergetah, Rozita Che Wan mengenai persaraannya yang tidak jadi.

Sebelum ini, pelakon kelahiran Kedah ini sudah menghebohkan hasrat untuk bersara daripada berlakon pada penghujung Disember lalu. Walaupun enggan memberitahu sebab sebenar, dia dikatakan berbuat demikian kerana akan berkahwin dengan jejaka dikenali sebagai Shah.

Namun, keghairahan Rozita terus berlakon dan menerima tawaran demi tawaran menunjukkan seperti ada sesuatu tidak kena berlaku. Akibatnya, dia teruk dikutuk pelbagai pihak mengatakan cerita persaraan itu sekadar gimik Rozita untuk meraih publisiti.


Meskipun puas mengelak serta enggan memberi komen menerusi telefon, pelakon cantik ini akhirnya mati langkah apabila dikerumuni media pada sidang media Astro Warna, baru-baru ini. Dia turut berlakon drama komedi Iparku Diva untuk saluran Astro Warna yang menjadi drama pertamanya untuk 2011.

"Selepas ini saya akan terbabit dengan penggambaran telefilem Bila Suami Jadi Suri dan drama 13 episod, Mencari Wardah manakala bulan depan, saya akan ke Perlis untuk penggambaran drama Lagenda Mata Ayer. Sebelum itu, saya akan ke Johor Bahru untuk penggambaran drama 13 episod. Boleh dikatakan berturut-turut saya berlakon drama.


"Sumpah, niat nak bersara sebelum ini bukan gimik, propa atau berniat menipu. Sebenarnya, ada sesuatu yang buatkan saya berhasrat nak bersara, tapi tak jadi pula. Saya ada sebab tersendiri dan harapnya orang faham. Biarlah saya simpan sendiri apa yang berlaku," katanya enggan bercerita lanjut biarpun puas ditanya sebabnya.


Tambah Rozita, dari Januari lagi dia sudah diasak dengan tawaran berlakon yang tidak henti-henti datang. Walaupun dia menolak, pihak penerbit tetap melayangkan tawaran. Setelah memikirkan masak-masak, dia akhirnya bersetuju berlakon kembali sebagai mengisi kesepiannya yang menjadi alasan utama dia berbuat demikian.

"Selama ini saya tinggal dengan dua anak dan kakak. Bagaimanapun, kakak sekarang sudah berkahwin dan ada keluarga sendiri, manakala anak saya pula, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra sekarang tinggal di asrama di Pahang. Mereka hanya akan pulang sebulan sekali. Kerana terlalu sunyi bersendirianlah, saya akhirnya kembali berlakon kerana sekurang-kurangnya masa akan terisi.


"Biarpun saya ada kedai The Cuture di Seksyen 23, Shah Alam, perniagaan dijalankan menerusi online (dalam talian) dan bukan dibuka kepada orang ramai. Saya memang akan berada di situ, tapi takkanlah saya nak tercongok seharian suntuk. Kedai ini ditubuhkan bersama rakan kongsi. Kami pilih jualan secara borong kerana lagi bagus pulangannya.

"Mungkin pada masa depan, baru kami akan buka butik. Bisnes yang kami buat ialah hasilkan jubah, baju kurung dan blaus yang dihantar ke butik. Pasarannya memang bertumpu kepada kaum wanita. "Mengenai bisnes bulu mata pula, memang ada perancangan tapi rakan kongsi saya, Amy Janz nampaknya lebih sibuk daripada saya, jadi impian itu tertangguh dulu," katanya yang tetap ramah melayan pihak media.


Menurut Rozita, ada sesetengah pakaian itu direka bentuk sendiri olehnya berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya. Malah dia sering memakainya dalam drama antaranya Hani kerana lebih selesa dengan pakaian sendiri berbanding yang disediakan pihak produksi. Bukan dia mengada-ngada tetapi Rozita merasakan itu lebih memudahkan kerja semua pihak.

Kerana terlalu bekerja keras berlakon, Rozita hanya tidur 3 jam setiap hari. Tempoh itu dirasakan sudah mencukupi kerana sebaik meletakkan kepala atas bantal, dia akan terus nyenyak tidur tanpa dibuai mimpi.


"Memang diakui penat kerana shooting biasanya bermula dari pagi sampai pagi esoknya. Tapi, nak buat bagaimana kerana apabila duduk sendirian saya terasa bosan. Saya mudah bekerjasama dengan penerbit kerana tak demand (meletak harga). Sebenarnya seawal 3 Januari lagi, saya dah ditawarkan berlakon, tapi saya hanya mula berlakon pada bulan ini.


"Saya tak kisah sebenarnya orang nak kata apapun. Sama ada saya berlakon ataupun tak, orang tetap juga nak mengata. Kalau betul rezeki saya sudah ditentukan menerusi lakonan, saya terima dengan hati terbuka. Jadual saya sudah penuh sampai bulan Jun kerana Kiah Pekasam akan disambung lagi penggambarannya di Perlis.


"Saya bersyukur diterima peminat menerusi drama ini kerana 95 peratus menggambarkan karakter sebenar saya. Sekarang pergi ke mana-mana pun, orang panggil saya dengan gelaran itu," katanya yang pernah memberitahu ibunya turut berkata begitu dan melihat dirinya sesuai membawakan watak komedi.

Kemampuan Rozita melakonkan pelbagai watak sudah teruji apabila tampil dengan pelbagai genre drama. Di saluran Astro kelibatnya sering tampil dengan karakter komedi, sebaliknya menerusi TV3, dia membawakan peranan berbeza. Kejayaannya menghayati pelbagai watak ini menyebabkan namanya semakin menyerlah di mata peminat.

Bagaimanapun, dek kerana kuatnya penangan Kiah Pekasam dan sinonim dengan jenama Astro, dia dikatakan akan diikat oleh Astro sebagai Wajah Eksklusif Astro. Jika ia berlaku, bermakna lakonannya tidak dapat disaksikan lagi menerusi stesen TV lain. Sekali lagi, Rozita memberi jawapan selamat apabila diajukan soalan mengenai perkara itu.

"Sebagai pelakon saya hanya ikut kehendak stesen TV. Memang tak dinafikan saya kerap berlakon watak komedi untuk Astro dan di TV3 pula bawa watak lain. Memang itu kehendak pihak atasan. Tapi sekurang-kurangnya adalah perbezaan yang peminat dapat lihat. Macam watak dalam Hani, pengarah nak saya bawa watak ibu yang bermain dengan emosi.


"Sama ada jadi atau tak, bergantung pada saya sendiri untuk mencorakkannya. Selain itu gabungan dengan pelakon lain turut membantu menghidupkan lagi lakonan saya. Mengenai ura-ura saya dilamar Astro pula, saya tak boleh jawab kerana kenyataan itu bukan dikeluarkan oleh saya. Biarlah pihak Astro yang keluarkan kenyataan nanti," katanya diiringi ketawa panjang yang menjadi identitinya.

Tidak puas hati dengan kisah cinta yang belum terungkap sepenuhnya, Rozita terus diasak dengan soalan siapa kekasihnya sekarang selepas putus cinta. Tambah pula sebelum ini dia dikatakan diminati Shahir AF. Tidak kurang juga ada melihat Rozita intim dengan pelakon Zain Saidin. Pelakon 4 Madu ini tetap menyimpan kemas kisah peribadi dan tidak mahu berkongsi dengan masyarakat.


"Saya baru sekali putus cinta dan sekarang tak bercinta dengan sesiapa. Saya tak ada ciri-ciri tertentu dalam memilih lelaki tapi asalkan dia tak menyinggung perasaan saya, sudahlah. Tapi sebenarnya saya tak ada fikir pun ciri-ciri yang dikehendaki atau sasaran bila nak berkahwin kerana mana tahu nanti terbalik jadinya," kata sambil terus ketawa.


>PROFIL
NAMA SEBENAR: Rozita Che Wan
TARIKH LAHIR: 9 Mac
ASAL: Alor Setar, Kedah
KELUARGA: Anak kedua daripada tujuh beradik
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia
KERJAYA: Pelakon dan model
DRAMA: Bara Yang Ku Genggam, Susuk, Ai Di Beijing, Diari Ramadan Raffique, Ayyad, Kuih Goyang Seha, Lawaknya Fantasia Raya, Kiah Pekasam, Hani, Iparku Diva, Bila Suami Jadi Suri, Mencari Wardah dan banyak lagi
FILEM: Dunia Baru The Movie, Sepi, Sifu & Tongga, Jangan Tegur, Kantoi, 4 Madu, Gentayangan, Misteri Dendam Balan Balan The Movie