BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tak Klik Bedosa!!

Follower First

Saturday, April 16, 2011

Memey Ada Sebab Tak Hadir Mahkamah.....


Akibat tidak hadir ke prosiding kes khalwat mereka, pasangan sensasi Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah dikenakan waran tangkap oleh Hakim Syarie Salehan Yatim di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam.

Menurut peguam syarie yang mewakili pasangan terbabit, Norman memberitahu pihaknya dia tidak dapat hadir ke mahkamah pada hari tersebut kerana sakit manakala Memey pula berada di luar kawasan.

Ekoran penjelasan yang diberi tidak munasabah dan tiada sijil cuti sakit dikemukakan, Hakim Syarie telah mengeluarkan waran tangkap ke atas pasangan terbabit. GUA cuba menghubungi Memey untuk mendapatkan penjelasan sebenar dari pihak mereka. Ikuti temubual yang sempat GUA lakukan bersama Memey melalui telefon malam semalam.

“Saya kini sedang berada di Bahau, Negeri Sembilan untuk menjalani penggambaran telemovie, ‘Timah Labuci’. Kalau boleh saya tak mahu benda ini diperbesar-besarkan kerana tak nak orang salah sangka. Apa yang saya boleh kata, waran tangkap itu sebagai peringatan kepada kami berdua untuk datang ke mahkamah selepas ini.

“Saya tak nak orang salah faham bila keluar isu macam ini, orang ingat saya kena tangkap ke apa. Ini sekadar peringatan supaya prosiding seterusnya kami kena hadir,” ujar Memey yang mengakui pernah menerima waran tangkap sebelum ini.

“Ini kali kedua kami kena sebab sebelum ini pun ada juga kena waran tangkap. Walaubagaimanapun itu semua salah faham pasal tarikh. Masa itu tak kecoh pun pasal waran tangkap itu. Lagipun bukan sengaja saya tak nak datang, cuma ia memang tak dapat dielakkan.

“Saya dah cuba untuk datang tapi memang tak boleh nak ‘adjust’ jadual. Saya sendiri dah maklumkan kepada pihak produksi kena pergi mahkamah tapi mereka tak lepas. Saya adalah heroin telemovie tersebut, jika saya tak ada mereka tak boleh nak buat apa-apapun. Lagipun telemovie ini melibatkan ramai artis.

“Jika saya pergi mahkamah, ia akan kacau semua orang. Saya tak boleh nak pentingkan diri sendiri. Sebenarnya dua-dua penting untuk saya. Saya akui dalam dilema sangat. Saya terpaksa buat pilihan dan menanggung risiko itu sendiri. Saya bukan sengaja tak nak datang tapi saya memang ada sebab.

“Saya harap isu ini tidak diperbesar-besarkan. Saya tak nak orang salah anggap kerana ia bukan satu perkara yang perlu digembar-gemburkan,” ujar Memey sambil memberitahu Norman memang tidak sihat kerana demam.

Pada 30 Oktober 2008, Norman dan Memey didakwa berkhalwat di pejabat milik Norman di Taman Ukay Perdana, Ampang. Jika disabit kesalahan, pasangan ini akan berhadapan dengan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Selepas hampir tiga tahun perbicaraan kes khalwat ini berlangsung, akhirnya mahkamah telah menetapkan 29 Julai 2011 sebagai tarikh keputusan kes tersebut.

“Kalau boleh saya memang nak kes ini cepat selesai. Bila saya dapat tahu tarikh tu, saya harap yang terbaik saja. Sekarang ini saya hanya mampu berdoa yang terbaik untuk keputusan nanti. Memang rasa lega sebab dah hampir tiga tahun kes ini berlangsung.”

Apabila ditanya tentang perancangan perkahwinannya dengan Norman, Memey memberitahu, “Hujung tahun ini kami kahwin. InsyaAllah, minggu depan keluarga saya dan dia akan duduk berbincang mengenai perkara ini. Sekarang ini saya masih sibuk dengan pengambaran. Mungkin lepas habis semua ini, saya akan tempah baju dulu.”

Sumber : GUA

0 comments: