BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tak Klik Bedosa!!

Follower First

Saturday, April 16, 2011

Ada Apa Dengan Miera Leyana??



Miera Leyana, pelakon remaja yang sedang meningkat naik, baru-baru ini telah menimbulkan kontroversi berikutan pakaian yang diperagakan di majlis Malam Gala ABP – Rafflesia, sempena Anugerah Bintang Popular 2010, dikatakan seksi dan menjolok mata , sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak.

Dalam mendapatkan penjelasan mengenai pakaian yang dikatakan ‘menjolok mata’ itu, Miera Leyana telah ditemui sehari selepas majlis berkenaan yang diadakan di Le Meridien, baru-baru ini.

Bagi Miera, dia memohon maaf atas apa yang berlaku, ini disebabkan beberapa kejadian saat akhir yang tidak dapat dielakkan.

‘Baju yang direka oleh Wan Huzairil untuk majlis berkenaan, memang direka untuk fesyen sedemikian. Pada cubaan kali pertama setelah siap, ianya agak besar dan saya telah meminta untuk dia mengecilkan sedikit saiz baju berkenaan,” cerita Miera.

“Dan selepas dari itu, saya tidak mencubanya, sehinggalah pada petang acara itu akan diadakan, sekitar jam 7 malam. Sekali imbas, saya melihat ianya sebuah baju yang cukup cantik dan sesuai dengan saya.”

Miera menjelaskan lagi, “Ketika sampai di acara berkenaan dan setelah selesai sesi temuramah dan pengambaran, barulah saya sedar yang baju itu ‘menjolok mata’ seperti yang dikatakan. Saya mohon maaf atas apa yang berlaku dan tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak. Saya kesal dan percaya, perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi,” katanya dalam nada yang penuh kesal.

Mengenai jawapan Miera Leyana dalam sesi temuramah yang dikatakan cukup puas hati dan selesa dengan baju yang dipakainya pada acara berkenaan, dia menjawab, “Pada waktu berkenaan, saya tidak perasan yang baju berkenaan begitu ‘menjolok mata.’ Jadi jawapan pada ketika itu berdasarkan rekaan baju berkenaan yang cukup selesa dan sesuai dengan citarasa saya.”

“Mengenai jawapan saya mengenai, nampak sedikit sahaja, ianya satu jawapan yang tidak menjurus ke arah konteks yang saya berbangga dengan apa yang dilakukan, tetapi lebih kepada situasi berkenaan dan tidak menjangka akan memberi impikasi yang kurang senang kepada orang lain,” tambah Miera Leyana lagi.

Diminta mengulas mengenai penyebaran gambarnya dalam majlis berkenaan, yang diambil secara sembunyi dan menampakkan bahagian tidak sepatutnya, di beberapa laman sesawang dan forum, Miera berkata, “saya agak terkilan dengan penyebaran gambar berkenaan yang diambil secara sembunyi (gambar amatur) dan dimuatnaik ke laman sesawang tertentu. Saya telah melakukan kesilapan, tetapi saya merasakan tidak wajar diperlakukan sedemikian. Hidup saya seperti diburu paparazzi Hollywood.”

“Saya akui yang baju rekaan Wan Huzairil itu agak seksi dan ianya satu langkah agak berani untuk memperagakannya. Untuk sekian kali,dengan rasa rendah diri dan ikhlas, saya memohon maaf atas apa yang berlaku.”

Miera Leyana, anak kelahiran Johor ini semakin dikenali setelah terlibat dalam drama Kamelia Katrina, selain pernah membintangi drama online di portal hiburan, gua.com.my iaitu Luna Fantasiku arahan Aziz M. Osman. Terkini, Miera telah turut serta dalam sebuah filem aksi penuh emosi arahan pengarah terbaik, Mamat Khalid, Apokalips X, yang akan ditayangkan pada awal 2012.

0 comments: