BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tak Klik Bedosa!!

Follower First

Saturday, April 16, 2011

Shaheizy Sam Menangis??!!



Dia terlalu terkejut sehinggakan dipenghujung majlis penganugerahan ini, lelaki bernama Shaheizy Sam mengakui menghadapi pedih ulu hati kerana kesan keterujaannya ketika mengambil anugerah pada malam itu.

Tidak pernah menyangka dirinya bakal menyandang gelaran artis paling popular dalam ABPBH ini, menurut Sam, angan-angannya semenjak tiga tahun lepas menjadi kenyataan yang paling bermakna tahun ini. Mengalirkan air mata ketika sidang media dilakukan pada malam itu, Sam melahirkan rasa bangga kerana dia sudah menjadi apa yang diharapkan oleh ibunya selama ini.


[Sam tidak dapat menahan sebak ]
"Hidup saya hanya ada emak saya, dia yang membesarkan saya selama ini tanpa ayah dan bagi saya dia adalah segala-galanya sekarang ini.

"Saya langsung tidak menyangka saya akan menang malam ini, bila nama diumumkan fikiran saya hanya terfikirkan emak saya dan sebab itu saya berlari kepadanya.

"Saya terlalu bersyukur dengan apa yang dianugerahkan pada malam ini, terima kasih pada yang menyokong saya selama ini, kepada para penerbit yang tidak jemu menjemput saya menjayakan filem mereka, pada para wartawan yang tidak pernah berputus asa membuat cerita-cerita saya biarpun adakalanya saya rasakan tiada cerita yang menarik tentang diri saya tetapi mereka tetap mencari saya dan menulis tentang saya sehingga ia menarik perhatian peminat.

"Pada semua peminat-peminat saya, yang banyak menyokong saya untuk sampai ketahap ini dan pada semua yang menaikkan nama saya selama ini. Sebaik mana sekalipun atau sehebat mana pun saya sekarang ini, tanpa bantuan peminat saya tidak akan berada di atas pentas malam ini untuk anugerah artis paling popular ini.

"Sebenarnya semenjak kemenangan Mawi tiga tahun lepas, saya sudah berangan-angan sekiranya saya yang naik ke pentas untuk anugerah paling popular ini, tetapi akhirnya angan-angan saya menjadi kenyataan.

Tak Mahu Sam Berubah-Khaty Fudziah

[Sam menyapu air mata kegembiraan]

Sebak melihat aksi Sam pada malam itu, jelas pelakon Khaty Fudziah Musa, dia berbangga dengan kejayaan Sam dan yakin anaknya kini sudah tahu arah tuju hidupnya.

"Sebagai ibu saya bersyukur dengan apa yang diberikan kepada Sam, malah apa yang saya risaukan sebelum ini sudha pun berakhir apabila saya lihat Sam kini sudah mempunyai arah tujunya sendiri.

"Satu nasihat saya kepadanya, jadilah dirinya yang sekarang ini sampai bila-bila dan selamanya, dan janganlah dia berubah biarpun dia sudah dianugerahkan dengan anugerah sebaik ini.

0 comments: