BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tak Klik Bedosa!!

Follower First

Saturday, September 17, 2011

Penjelasan Miera Liyana Berkaitan Isu Mabuk & Gambo Mesra



Selepas mencetuskan
kontroversi dengan bajunya
yang menjolokkan mata di Majlis
Malam Gala Rafflesia & Mandalay
beberapa bulan lalu, pendatang
baru, Miera Liyana sekali lagi menjadi bualan hangat apabila
gambar mesranya dengan
pelakon baru, Lash Mokhtar
tersebar luas di Internet.

“Gambar itu kami ambil ketika
tengah lepak dengan kawan-
kawan yang lain. Gambar itu
hanya untuk suka-suka saja.
Saya dan Lash hanya berkawan
dan tidak lebih dari itu. Kami mula rapat ketika sama-sama
menjalani penggambaran drama
‘Psikik’,” ujar Miera yang
menafikan cuba mendapat
publisiti dengan penyebaran
gosip-gosip sebegitu.

“Saya bukan macam itu. Saya
jenis orang yang tidak suka
dengan publisiti murahan. Saya
tidak tahu kenapa orang asyik
dengki dengan saya saja.”

Dakwaan ada pihak yang
ternampak beliau mabuk di pusat
membeli-belah, The Curve,
Damansara, baru-baru ini.


Sedih dengan gosip tersebut, Miera
mengakui segala yang timbul
adalah fitnah semata-mata.

“Entah apa-apa saja gosip itu.
Tak baik tuduh saya macam itu.
Bila dengar orang seksi saja,
mabuk. Saya terkejut dengan
berita ini sebab saya memang
tak buat benda itu. Ini merupakan satu fitnah. Keluarga
saya juga terkejut dengan cerita
ini namun mereka semua faham
dengan perkara ini.

0 comments: