BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tak Klik Bedosa!!

Follower First

Tuesday, March 22, 2011

Antara Dua Pilihan (AWAN DANIA)....

Awan Dania di saluran astro ria...


BERGAYA...Jehan Miskin sebagai Benjy



PASTI peminat drama Awan Dania yang kini masuk musim ketiga tidak sabar untuk menunggu siapakah yang bakal dipilih Dania (Scha Al Yahya) sebagai pasangan hidupnya, adakah Benjy (Jehan Miskin) ataupun Akmal (Gambit Abdullah)?

Sejak musim pertama lagi, Benjy berusaha memikat Dania namun ada saja halangannya. Sentiasa ada orang ketiga mengganggu hubu�ngan mereka. Keluarga Benjy terutama ibunya, juga kurang menyukai Dania.

Pada musim ketiga ini, menggambarkan pergolakan jiwa Dania yang kini menjadi Pramugari Eksekutif dengan jet peribadi. Dia berada dalam dilema untuk memilih Benjy atau usahawan berjaya, Akmal.

Dengan jalan cerita yang lebih menarik dan penggambaran dibuat di luar negara iaitu Korea, Bali dan Perth, Australia, Awan Dania 3 yang disiarkan di Astro Ria terus mendapat sambutan ramai. Ia disiarkan setiap Isnin, jam 8 malam.

Dania yang dibintangi oleh scha al yahya..
Semakin menuju ke kemuncaknya, pengarah drama itu, Dinesh Samby akan memastikan penonton terus menunggu sehingga episod terakhir. Awan Dania diterbitkan sebanyak 26 episod.

Awan Dania 3 masih berkisar mengenai kehidupan Dania yang lasak dan cekal. Pada musim ini, Dania berkenalan dengan usahawan kacak bernama Akmal tetapi seorang yang sombong dan mementingkan diri sendiri. Mulanya Akmal tidak menyukai Dania. Tambahan pula waktu itu dia rapat dengan pramugari yang lebih berpengalaman, Idora (Marsha Londoh).

Bagaimanapun, selepas beberapa kejadian termasuk Dania yang menyelamatkan bapanya ketika serangan jantung, Akmal mula tertarik dengan Dania. Situasi itu menyebabkan Dania serba salah kerana pada masa sama, Benjy masih me�ngejar cintanya. Mereka bertiga bertemu di Korea dan kala itu mengundang resah di hati Dania kerana kedua-duanya mencuba pelbagai cara untuk menambat hatinya. Persaingan itu juga sehingga membawa mereka bertiga ke Bali dan Perth.

Awan Dania 3 juga diwarnai dengan kehadiran barisan pelakon baru seperti Dynas Mokhtar, Memey dan Zain Saidin.

0 comments: