BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tak Klik Bedosa!!

Follower First

Tuesday, March 22, 2011

Salma Dapat Pujian??


SEKARANG ini siapakah yang drama, protege yang tampil di atas pentas ataupun mentor. Begitulah yang eden rasakan apabila membaca kenyataan mentor Iqa iaitu Edry Abdul Halim, meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap persembahan dilakukan protege Erra Fazira iaitu Salma.
Menurut kenyataan yang diberikan sewaktu sidang akhbar sebaik konsert untuk kumpulan B tamat, Edry menjelaskan, protege tidak seharusnya menampilkan elemen drama sewaktu beraksi di atas pentas, sebaliknya kekuatan vokal lebih penting ditonjolkan. Elemen drama dibuat Salma telah mempengaruhi undi sehingga memperoleh markah tertinggi. 
BERGAYA..Salma dan mentornya Erra Fazira
Nampaknya rancangan Mentor musim lima sudah semakin panas apabila melihat keberanian artis dilantik menjadi mentor begitu lantang meluahkan pendapat mereka sehingga menyebabkan penyokong bagi peminat mentor dan protege lain tersentak.

Dalam hati SS turut berbisik, pasti Erra waktu sidang akhbar itu menggetap bibir menahan geram. Maklumlah cikgu mana yang tidak terasa apabila anak muridnya ditegur sedemikian rupa, ibarat orang mengatakan cikgu tidak pandai mengajar anak murid. Cubit paha kiri pasti paha kanan juga terasa sakitnya.

Bagaimanapun, Erra seperti biasa cuba mengelak daripada menimbulkan kekecohan dengan mengambil tindakan mendiamkan diri apabila diminta memberikan komen mengenai kenyataan diberikan Edry.



IQA..Semasa uji bakat..
Mungkin sebahagian orang bersetuju dengan pendapat diberikan Edry, namun bagi setengah orang pula kenapa perkara itu mahu dijadikan isu kerana elemen drama bukankah sebahagian daripada tarikan apabila seseorang penghibur itu beraksi di atas pentas.

Ibarat pakej, kalau gimik di atas pentas itu digemari penonton, rasanya tidak salah untuk dilakukan. Apa yang penting, peminat terhibur atau boleh merasai apa yang cuba disampaikan penyanyi.

Seperkara lagi, benarkah penonton atau juri dilantik memilih Salma kerana drama ditampilkan kerana rata-rata teman eden lihat mereka memuji persembahan protege Erra itu kerana mutu vokalnya yang dikatakan mantap. Malah terkejut juga apabila antara mereka yang menulis di laman sosial bahawa Salma boleh menggantikan penyanyi hebat sedia ada.

Wah! sampai begitu sekali kenyataan diberikan mereka. Begitu melambung tinggi. Malah ada yang kata kehebatan vokal dimiliki Salma boleh ‘pukul’ mentornya. Tidak kiralah lebih bagus atau tidak, yang penting mutu vokal seperti yang dikatakan Edry harus ditonjolkan peserta musim ini bagi membuktikan usaha dilakukan artis popular terbabit dalam rancangan itu tidak sia-sia.

Cuma kali ini bagi eden bukan menunggu persembahan protege setiap minggu tetapi lebih tertarik dengan kontroversi yang sering ditimbulkan mentor ini. Agak-agak minggu depan ada atau tidak kenyataan panas daripada Mentor bertanding. Mungkin daripada Datuk Pah ke atau juri tetap rancangan itu, Datuk Ramli MS.

0 comments: