BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tak Klik Bedosa!!

Follower First

Monday, March 28, 2011

Luna Maya Kerap Jenguk Ariel...

 Pengacara jelita, Luna Maya, 28, menghabiskan masa sebanyak empat kali seminggu untuk melawat kekasihnya yang juga penyanyi kumpulan Peterpen, Ariel yang sedang menjalani hukuman penjara di Rutan Kebon Waru, Bandung, lapor sebuah akhbar semalam.        
Aktres filem Cinta Silver itu difahamkan tetap membahagikan masanya walaupun dia kini sibuk meneruskan semula aktiviti seninya selepas beberapa bulan mengambil keputusan untuk berehat sambil menenangkan diri.

Menurut pengurus Ariel, Budi ketika dihubungi wartawan akhbar dalam talian detikhot, Luna Maya menghabiskan masa selama tiga atau empat kali dalam seminggu untuk melawat Ariel.

Pasangan itu menjalin cinta sejak tahun 2008.       
Pada 31 Januari lalu, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Izham dijatuhi hukuman penjara selama tiga setengah tahun dan denda sebanyak 250 juta rupiah (RM86,885) oleh hakim sebuah mahkamah di Bandung selepas didapati bersalah mengedar dua klip video seks.

Klip video itu dilapor menampilkan lelaki mirip Ariel dan dua orang wanita mirip Luna Maya dan pengacara Cut Tari.

0 comments: