BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tak Klik Bedosa!!

Follower First

Tuesday, March 22, 2011

Video Seks Pembangkang.

KUALA LUMPUR: Satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.
Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T berkata, mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang terbabit dan isterinya dalam masa seminggu.

Kumpulan itu juga mendakwa memiliki seutas jam tangan dikatakan milik ahli politik itu yang didakwa diambil oleh wanita itu ketika mengadakan hubungan seks pada 21 Februari tahun ini.
Anggota kumpulan itu berkata, mereka memutuskan mendedahkan perkara itu sekarang kerana sudah tiba masanya orang ramai mengetahui perkara sebenar mengenai ahli politik itu.

Ketika diminta mengulas perkara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, setakat ini belum ada laporan polis dibuat berhubung video itu.

“Kami tidak boleh ambil tindakan sehingga ada laporan polis dibuat,” katanya.
Hishammuddin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu supaya memberitahu polis.- Bernama

0 comments: