BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tak Klik Bedosa!!

Follower First

Tuesday, March 22, 2011

Buat Apa Saya Nak Sorok??

Zahiril Adzim.......

JIKA segelintir pelakon baru selesa bermain teka-teki mengenai kisah percintaan mereka, namun tidak bagi Zahiril Adzim. Umum mengetahui Zahiril kini hangat menjalin cinta dengan pelakon dan pengacara Wanita Hari Ini (WHI), Shera Aiyob.
Bahkan, pasangan ini tanpa berselindung sering menghadiri majlis hiburan bersama. Ketika ditemui pada majlis sidang media filem Bunohan lakonannya, Zahiril turut dilihat tidak hadir berseorangan kerana di sisinya pasti ada Shera setia menemani. 

Tatkala ditanya mengenai hubungan mereka yang dikatakan seperti ‘menunjuk-nunjuk bahagia’, Zahiril berkata, dia nyata tidak bermaksud apa-apa. Katanya, dia seorang yang berterus terang dan tidak tahu bagaimana hendak menyembunyikannya. 


“Saya selesa dan bahagia menjalin hubungan dengan Shera. Jadi, kenapa perlu disembunyikan. Lebih baik mengaku saja perkara yang benar. Lagipun, hubungan kami ini juga sudah diketahui keluarga kedua-dua pihak dan mendapat restu.




“Sudah enam bulan kami bercinta dan kini merancang ke arah membina masa depan. Justeru, semoga semua perancangan kami berjalan lancar dan impian murni ini menjadi kenyataan,” katanya yang cukup bersikap terbuka berbicara mengenai kisah peribadi.

Shera Aiyob......
Berusia 27 tahun, Zahiril berkata, dengan pengakuan cintanya itu secara tidak langsung menjadi bukti hatinya kini dimiliki seorang wanita. Ia sekali gus melenyapkan kontroversi yang melandanya yang pernah dikaitkan dengan pelakon Dira Abu Zahar.

Malah, Dira pun kini sudah bergelar tunangan orang. Jadi, tentunya Zahiril menarik nafas lega kerana segala spekulasi yang pernah timbul mengenainya yang dikatakan ‘orang ketiga’ punca kebahagiaan rumah tangga Dira dan bekas suaminya runtuh.

“Saya harap pengakuan ini meleraikan segala gosip yang pernah timbul ini. Kini, semuanya sudah terbukti hanyalah fitnah. Hubungan saya dan Dira, sebenarnya berkawan baik sesama artis dan tidak pernah lebih daripada yang disebarkan itu.

“Tidak dinafikan, dulu saya memang selalu keluar lepak dengan Dira dan kawan lain. Namun, apabila timbul gosip kami berdua ada hubungan istimewa, ia sesuatu yang sangat kelakar bagi saya. Ini kerana, tiada sebab untuk kami bercinta.

“Sekarang semua kebenaran sudah diketahui. Justeru, selain mendoakan kebahagiaan untuk diri sendiri, saya juga harap Dira bahagia, katanya yang pernah meraih Anugerah Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) menerusi filem Kami.

Menyentuh soal kariernya, Zahiril berkata dia sangat bersyukur rezekinya dalam lakonan semakin bertambah. Apapun, katanya untuk menjadi pelakon yang bagus, Zahiril mengaku lebih selesa memilih watak yang dilihat mampu mencabar dirinya.

  

0 comments: